13 Disember 2021

9 premis di bandar Gerik terbakar

 Sembilan premis terbakar di pusat bandar Gerik malam tadi. - Foto JBPM PERAK

Sembilan premis terbakar di pusat bandar Gerik malam tadi. - Foto JBPM PERAK

GERIK: Kebakaran di pusat bandar Gerik, di sini malam tadi, membabitkan lima deretan kedai dan empat kediaman, menjadikan keseluruhan sebanyak sembilan premis terbabit dalam bencana berkenaan.

Jumlah itu meningkat berbanding enam premis, iaitu tiga rumah kedai serta tiga kediaman seperti dilaporkan setakat jam 11.03 malam tadi. Bagaimanapun, insiden tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, berkata anggota empat Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan bagi memadam kebakaran, iaitu dari BBP Gerik, Pengkalan Hulu, Lenggong dan Kuala Kangsar.

Katanya, kebakaran membabitkan tiga unit rumah kedai, empat unit rumah kediaman serta dua unit kedai dengan peratusan kadar kemusnahan antara tiga hingga 90 peratus.

"Kebakaran dapat dikawal jam 9.22 malam sebelum operasi diketuai Ketua BBP Gerik, Azizan Aziz selesai jam 1.20 pagi tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.01 malam dengan jumlah keseluruhan anggota terbabit seramai 77 orang, termasuk dari agensi sokongan lain seperti polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), pasukan perubatan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

BHARIAN.,

Tiada ulasan: