12 Disember 2021

Gunung Merapi muntahkan abu panas

 Gunung Merapi memuntahkan abu panas tebal setinggi 2,000 meter ke arah barat daya Pulau Jawa. - Foto AGENSI

Gunung Merapi memuntahkan abu panas tebal setinggi 2,000 meter ke arah barat daya Pulau Jawa. - Foto AGENSI

YOGJAKARTA: Gunung Merapi di daerah Jawa Tengah memuntahkan abu panas tebal setinggi 2,000 meter ke arah barat daya.

Antaranews melaporkan, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG), Hanik Humaida dalam kenyataannya berkata, kejadian itu berlaku pada jam 10:18 Waktu Indonesia Barat (WIB).

"Letusan berlaku pada amplitud 27 milimeter dan berdurasi 158 saat," katanya.

Menurutnya, ketika letusan berlaku, angin di gunung itu berhembus ke arah timur.

Dalam pemerhatian antara 12 tengah malam hingga 6 pagi, gunung berapi yang dikategori aktif itu mengeluarkan lahar panas sebanyak tiga kali dengan longsoran maksimum 1,000 meter ke arah barat daya. - AGENSI

Tiada ulasan: