12 Disember 2021

PDRM kutip saman RM109 juta dalam empat hari

 Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, pada sidang media selepas lawatan ke program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, pada sidang media selepas lawatan ke program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

KUALA LUMPUR: Sebanyak RM109 juta dikutip Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam tempoh empat hari pelaksanaan diskaun saman trafik yang bermula Khamis lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata sehingga jam 12 tengah hari tadi sebanyak 2.3 juta saman trafik diselesaikan di seluruh negara.

Beliau berkata pihaknya sedia maklum mengenai kesesakan di kaunter bayaran saman serta kesesakan pembayaran secara dalam talian pada waktu puncak.

"Sehubungan itu saya sudah meminta Pengarah Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) untuk melihat keperluan bagi menambah kaunter bayaran saman di setiap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

"Ini adalah bagi memudahkan orang ramai mengambil kesempatan menjelaskan saman mereka di kaunter yang disediakan tanpa perlu bersesak-sesak," katanya pada sidang media program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di sini, hari ini.

Acryl berkata tawaran diskaun bayaran saman antara inisiatif PDRM bagi meringankan beban masyarakat yang terkesan akibat pandemik COVID-19 menjelaskan saman mereka.

BHARIAN.

Tiada ulasan: