13 Disember 2021

Wanita maut jatuh flat hempap kereta

 - Foto hiasan

- Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang wanita warga emas dipercayai mempunyai masalah mental maut selepas dipercayai terjatuh dari unit atas sebuah flat di Cheras, hari ini.

Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras menerima panggilan kecemasan membabitkan insiden dan mangsa berusia 62 tahun itu pada jam 7.22 pagi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, berkata sepasukan anggota Balai Polis Cheras yang dikerahkan ke lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta dengan cermin depannya pecah serta retak.

"Mangsa dipercayai jatuh dari unit atas flat itu dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) di tempat kejadian.

"Siasatan awal mendapati wanita berkenaan ada masalah mental dan tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ketua Polis Balai Cheras, Asisten Superintendan Mohd Redzuan Md Darus di talian 03-92050301 dengan sambungan 302.

BHARIAN.

Tiada ulasan: