13 Disember 2021

Covid-19: Kadar kebolehjangkitan menurun

 

PETALING JAYA:  Bacaan kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di seluruh negara hari ini mencatatkan penurunan iaitu 0.95 berbanding 0.97 semalam.

Bagaimanapun, kadar itu masih dalam lingkungan seperti jangkaan ditetapkan Kementerian Kesihatan iaitu di antara 0.94 dan 0.96.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, Melaka mencatatkan kadar tertinggi Rt iaitu 1.02 diikuti Pulau Pinang dan Negeri Sembilan (1.01) manakala Pahang (1.00).

Selain itu Kuala Lumpur (0.98) dan Selangor (0.97).

Nilai Rt tertinggi di seluruh negara yang dicatatkan antara 13 dan 15 November lalu adalah pada 1.05.

Ia merujuk tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Menurut pakar kesihatan, nilai Rt berada pada tahap membimbangkan apabila ia melepasi 1.0 dengan lebih ramai individu berpotensi dijangkiti wabak berkenaan. – UTUSAN ONLINE 

Tiada ulasan: