11 Disember 2021

Bumbung sekolah runtuh

 Keadaan bumbung SMK Seri Menanti, Muar runtuh ketika proses baik pulih. -  Foto PEMBACA

Keadaan bumbung SMK Seri Menanti, Muar runtuh ketika proses baik pulih. - Foto PEMBACA

MUAR: Bumbung sebuah blok Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Menanti di sini runtuh, kelmarin.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kejadian berlaku ketika sesi persekolahan dan semua pelajar sedang menjalani waktu rehat.

"Saya difahamkan tiada kemalangan jiwa. Dua buah blok sekolah berkenaan ketika itu terbabit dalam proses baik pulih bumbung, susulan strukturnya yang sudah uzur.

"Kerja menukar bumbung bermula sejak sesi persekolahan dibuka dan kedua-dua bangunan berkenaan masih belum digunakan lagi," katanya ketika dihubungi.

Syed Saddiq berkata, runtuhan bumbung membabitkan sebuah bangunan dan pihak sekolah sudah menyerahkan isu berkenaan kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi tindakan lanjut.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Rahman Selamat, enggan mengulas kejadian berkenaan kerana masih dalam siasatan JKR.

BHARIAN.

Tiada ulasan: