RANGKAIAN pemborong dan peruncit terbesar tempatan, Mydin berkolaborasi dengan aplikasi e-dompet ShopeePay bagi menawarkan harga kit ujian kendiri Covid-19 serendah RM3.80 setiap satu.
Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin berkata, inisiatif menawarkan kit ujian kendiri Covid-19 jenama Newgene bertujuan memberikan kemudahan kepada masyarakat memilikinya disebabkan pandemik ini masih berpanjangan terutamanya adanya penemuan varian Omicron.
"Varian baharu itu meletakkan keselamatan dan kesihatan rakyat dalam keadaan lebih berisiko.
"Jadi sebagai pembekal, kita seharusnya memudahkan masyarakat untuk membelinya dengan harga yang mampu milik. Justeru itu kita mungkin tidak akan menghadapi perintah kawalan pergerakan sekali lagi," katanya.
Dengan harga asal RM6.90 setiap satu, kit ujian kendiri terbabit boleh didapati dengan harga RM3.80 sekiranya pelanggan membeli baucar Shopeepay yang berharga 1 sen di aplikasi Shopee, yang perlu digunakan untuk membeli dengan harga rendah itu.
Sementara itu, Ketua ShopeePay Malaysia, Alain Yee berkata, selepas keseluruhan aktiviti ekonomi perniagaan dibuka, orang ramai semestinya mencari bekalan kit ujian kendiri dengan harga yang murah bagi mengurangkan kos perniagaan.
"Oleh itu, penjualan harga rendah dengan kerjasama Mydin ini adalah salah satu inisiatif untuk kami menyumbang kepada pembukaan ekonomi di samping memastikan keselamatan masyarakat terjamin, " katanya.
Tawaran ini hanya membabitkan 59 cawangan Mydin seperti disenarai di baucar itu dan berlangsung sehingga 31 Disember atau sehingga kehabisan stok.
Baucar ShopeePay boleh didapati menggunakan telefon pintar di pautan:
https://shopee.com.my/universal-link/localservice/products/500017637?cat... =35_ls_sharing_option&deep_and_deferred=1
*Tertakluk pada terma dan syarat.
HMETRO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan