11 Disember 2021

Diskaun saman JPJ dilanjut hingga Rabu

 Tempoh pengurangan kompaun saman JPJ sebanyak 80 peratus yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 15 Disember ini. - Foto NSTP

Tempoh pengurangan kompaun saman JPJ sebanyak 80 peratus yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 15 Disember ini. - Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Tempoh pengurangan kompaun saman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 80 peratus yang sepatutnya berakhir esok, dilanjutkan sehingga 15 Disember ini.

Pemakluman mengenai perkara itu dibuat melalui laman Facebook rasmi JPJ tengah malam tadi.

Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyatakan kaunter diskaun pembayaran saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ yang disediakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, ditutup serta merta.

Ia susulan kegagalan pihak penganjur memastikan penjarakan fizikal dan menyebabkan berlakunya kesesakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit (Akta 342).

Penganjur program berkenaan juga dikenakan kompaun RM1,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) berkaitan COVID-19. - BERNAMA

Tiada ulasan: