15 Disember 2021

COVID-19: Kes harian kembali menurun bawah 4,000

 COVID-19: Kes harian kembali menurun bawah 4,000

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes tersebut menjadikan angka kumulatif kes COVID-19 dalam negara bertambah kepada 2,703,140.
KUALA LUMPUR: Kes harian COVID-19 kembali menurun kepada bawah angka 4,000 selepas 3,900 lagi invididu disahkan positif dalam tempoh 24 jam lalu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pertambahan kes tersebut menjadikan angka kumulatif kes COVID-19 dalam negara bertambah kepada 2,703,140.
Pada Selasa, sejumlah 4,097 kes positif didaftarkan oleh Kementerian Kesihatan yang mana 97.2 peratus melibatkan pesakit kategori 1 dan 2.
Pada 15 Disember 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 3,900 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,703,140 kes. Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham)

Tiada ulasan: