15 Disember 2021

Pil antivirus Pfizer mampu lawan Omicron

 FOTO HIASAN

FOTO HIASAN

Washington: Ujian klinikal mengesahkan pil Covid-19 keluaran Pfizer mampu melawan varian baharu termasuk Omicron.

Syarikat itu mengesahkan kaedah rawatan terbaharu itu dijangka mampu mengurangkan kemasukan kadar kemasukan hospital dan kematian drastik individu berisiko hampir 90 peratus.

Pengumuman yang turut mendapat pujian Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Ia dibuat berdasarkan kajian sebenar dunia dari Afrika Selatan yang menunjukkan dua dos vaksin Pfizer dan BioNTech berkeberkesanan 70 peratus dalam menghentikan penyakit teruk daripada varian baharu itu.

"Saya menggalakkan dengan bukti data dikeluarkan Pfizer hari ini, menunjukkan pil antivirusnya itu berkesan mengurangkan risiko penyakit teruk kepada orang yang dijangkiti Covid-19.

"Berita ini menyediakan satu lagi kaedah yang berpotensi berkuasa dalam memerangi virus itu termasuk varian Omicron," katanya.

Data untuk pil baharu yang diambil berdasarkan 2,200 responden sukarela itu menyokong penemuan awal yang diumumkan bulan lalu.

Pengeluar ubatan Amerika berkata, rawatan itu dinamakan Paxlovid yang belum dibenarkan mana-mana negara mampu menentang varian Omicron dalam ujian makmal.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla berkata, Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) kemungkinan akan memberikan kelulusan menggunakan ubat itu bulan ini selepas Amerika Syarikat mula menempah 10 juta ubat itu.

Ujian klinikal itu menunjukkan penggunaan pil dalam tempoh tiga hari bergejala mampu mengurangkan 89 peratus kemasukan hospital untuk dewasa berisiko tinggi yang dijangkiti Covid-19 serta 88 peratus jika diberikan antara lima hari.

HMETRO.

Tiada ulasan: