04 Disember 2021

PRN Sarawak: PAS bertanding 1 kerusi

 

PETALING JAYA: PAS akan bertanding satu kerusi dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak, iaitu 10 kerusi kurang daripada yang disasarkannya dalam PRN 2016.

Dipercayai calon terbabit adalah Setiausaha PAS negeri Mohammad Arifiriazul Paijo.

Mengumumkan perkara itu, Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu tiada kaitan dengan prestasi parti Islam itu di Melaka. PAS kalah kesemua 8 kerusi dipertandingkan.

Pada PRN Sarawak 2016, PAS kalah di semua 11 kerusi dipertanding, manakala 7 calonnya hilang deposit.

Pada 2 Dis, lidah rasmi parti Harakah Daily melaporkan parti itu yang bertanding di bawah Perikatan Nasional dalam PRN Melaka bulan lalu, akan bertanding di bawah logonya sendiri.

Tiada ulasan: