17 Disember 2021

Projek PAN Borneo diyakini siap ikut jadual

 

Oleh FAIZAH ARBAIN

SANDAKAN: 
Fasa 1 projek Lebuhraya PAN Borneo yang melibatkan beberapa daerah di pantai barat Sabah kini hampir 62 peratus siap sehingga Oktober lepas.


Ketua Pemuda PAS Sabah, Hendri Hamsah berkata, kejayaan pelaksanaan projek tersebut membuktikan kesungguhan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri membangun infrastruktur bagi kemudahan rakyat.

Katanya berdasar perkembangan itu beliau yakin projek terbabit dapat di siapkan mengikut jadual.

“Bagi memastikan kelancaran projek Lebuhraya PAN Borneo memerlukan kerjasama dan komitmen semua pihak khususnya daripada agensi kerajaan bagi memantau projek itu.

“Kontraktor pula perlu menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut garis panduan yang ditetapkan,” katanya di sini.

Baru-baru ini Timbalan Menteri Kerja Raya Dato’ Arthur Joseph Kurup dilapor memberitahu Fasa 1 projek Lebuhraya PAN Borneo kini hampir 62 peratus siap.

Bagaimanapun Hendri juga berkata, pembinaan lebuh raya itu menimbul rungutan penduduk tempatan termasuk masalah banjir kilat, kualiti jalan alternatif tidak memuaskan, jalan berhabuk dan berlubang.

Menurutnya juga keadaan itu menyebabkan pengguna jalan raya terpaksa menampung kos tambahan membaiki kerosakan kenderaan. – HARAKAHDAILY 17/12/2021

Tiada ulasan: