08 Mei 2009

Lega bila ke tandas, dah tahan nak ke tandas sejak pagi tadi....

Pergi tandas pun hari ini berbekalkan sebotol air mineral bila dimaklumkan oleh teman-teman semacam air dicatu bila tandas dah tidak ada air.

Saya tidak pasti kenapa ini boleh berlaku, dan tidak pernah berlaku sebelum dari ini. Seingat saya dalam 3 sidang dibangunan ini sejak awal kemenangan Pakatan Rakyat Di Perak tahun 2008 dulu air ditandas tidak pernah kering...

Adakah ini juga sabotah kepada kami ADUN ? seperti pembesar suara speaker yang sudah tidak berfungsi.

31 ulasan:

Toncetbiru berkata...

Zohor dah masuk ni YB. Macam mana nak solat?

Rohaifi Azri berkata...

besar dugaan yg YB Pakatan semua hadapi... semoga dikuatkan semangat dan dicekalkan hati olehNYA dalam menghadapi dugaan ini.

azhar berkata...

salam..solat aje dalam dewan...

solahuddin the warrior berkata...

gilir2 pergi solat boleh

solat dlm dewan pon bole (bentang kain adap kiblat)

islam mudah

Awanama berkata...

pakat berjemaah dalam dewan tu kita tengok apa nak jadi... sejarah lagi tuuu... dalam dewan diadakan solat berjemaah.... bagi zamry jadi imam kalau boleh he he he...

nie yg dok dengaq kata GANESON HARAM apahal... sapa speker sekarang nie...???

doublea berkata...

solat je dalam dewan tu...takde hal pun

Awanama berkata...

Macam mana Speaker nak ke tandas? Mungkin PR ADUNs kena pikirkan solution untuk YB Sivakumar...

Mr. President berkata...

betul2...pakat solat dalam dewan, takkan ADUN BN nk halang, ajak diorang solat sama...

TpK berkata...

Solat dalam dewan je YB, jgn dok hirau berok2 tu. Takkan depa nak kurang hajar ganggu solat pun? YB nak terkencing memg terpaksa le ke tandas, tapi YB Siva mcm mana? Ada kain gebar dan botol kosong ke boleh kasi sama dia...he he...darurat le bro...

Awanama berkata...

alhamdulilah....terlepas juga hajat gi ke tandas...syabas YB2 pakatan rakyat sanggup mempertahankan abis abisan

Awanama berkata...

ganesan tu maybe adik Zambry kot... colour sama ja..

Nizam Mahmud berkata...

Dari Malaysiakini

1.10pm Difahamkan Zambry bertemu dengan Raja Nazrin Shah - yang dijadual membuka secara rasmi persidangan DUN Perak pagi ini - di luar dewan.

Tiada maklumat lengkap tentang pertemuan dan tujuannya.
-------

Sila bincangkan YB. Jangan pula nanti ada pengemuman mengejut yang tak menyenangkan dari Raja Nazrin

Standby buku perlembagaan. Standby utk quote.

ajai berkata...

semoga semua pejuang islam dimenangkan Allah
kebenaran adalah sesuatu yg pahit

Mr. President berkata...

Betul tu YB, pakat solat dalam dewan tu je...
ajak YB2 BN solat sama...

Awanama berkata...

Betul islam itu mudah
tapi lebih mudah kalau semua adun PAS berjiwa besar. Demi untuk memastikan keadaan ini tidak berlanjutan dan menghormati tunku raja biarkan saja mereka itu. Maka kita akan lebih di hormati. Mengalah bukan bererti kalah.
Masa Nabi Muhammad nak masuk mekah walaupun dengan kekuatan yang besar tapi dia tangguhkan dulu sampai tahun depan baru masuk dan tanpa ada tentangan. Begitulah hendaknya PAS buat. Tak lama 3 tahun aje. kalau kita boleh tunggu 50 tahun kenapa tidak lagi 3 tahun aje. Ingat jawatan MB ini dulu bukan kita punya tapi tunku punya perkenan dapat kat kita. Molek sangat kalau kita hormati keputusannya.

Awanama berkata...

yeah..solat dalam dewan jerk...ajak adun be end solat sekali ber imam kan YB Nizar...tengok, baper ramai adun be end yg reti menunaikan solat...

Awanama berkata...

YB YANG MUSLIM SOLAT JER.. DALAM DEWAN TU. BIAR YB DARI UBN PERATI. AGAK2 DEPA BERJEMAAH SEKALI TAK!.. KALAU TAK, SAH PUAK NIE JENIS MUNAFIK MENGAKU SAJA ISLAM.

Awanama berkata...

Drs,Agak agak apa muslihat SUK ?Tahu ada sidang nak berlangsung "house keeping" tak ada langsung.Dah lah imej negeri dah terpalit kini SUK ikut tercalit.Aduhai keme bile deroyan nak berbunge? Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

JANGAN percaya citer karut ni dari berita hairan:

--------------------------------------------

"IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang tidak menghormati Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Malah, kata Zambry, Adun pembangkang bersikap samseng dengan menumbuk ahli Exco, Datuk Dr Mah Hang Soon, semasa di dalam Dewan. "

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090507122153/Article/index_html

------------------------------------

PENIPU BESAR punya zambry HARAM...agak2 la klo nak menipu pown

TpK berkata...

YB Siva tolong umum sekarang rehat untuk solat jemaah oleh YB2 yang beragama Islam dari PR dan BN. tgk puak2 ni nak sambut tak kalau depa ni betul2 Islam le....ready ler, pakat bergilir keluar dewan ambik wudhuk.

Enche' Eyezoodean berkata...

bila speaker nak ke tandas, maka adun PR kena pakat kepung kerusi speaker tu. dua tiga orang escort speaker. takut nnt berlaku rampasan kerusi pulak.

btw, kenapa xde yb yang pergi check bilik sistem suara tengok siapa yang pedajal mikrofon tu?

Nizam Mahmud berkata...

YB stand your ground.

Ingat Allah. Ingat amanah yang Allah bagi. Ingat arahan pimpinan. Ingat pengharapan besar rakyat DUN YB sendiri.

Never give up YB.

Sebagai pesanan sesama Islam. Sabda Nabi kepada bapa saudaranya "Wahai paman, meski pun mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku agar aku berhenti dari dakwah ini, pastilah tidak akan kulakukan."

YB, adakah nak stand down dalam Amal Maruf dan Nahi Mungkar?

Stand your ground YB.

Awanama berkata...

bab solat mereka dibolehkan jamak kerana mereka semua ibarat sedang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan kedaillan.....

Awanama berkata...

diorang boleh jamak solat...tapi bukan sebabkan berjuang demi kebenaran dan keadilan...tapi diorang boleh jamak solat, klo ader perkara yg tak dpat diberhentikan...cohtohnya doctor tengah buat operation...

madkrie berkata...

Siapa yang bersalah dalam hal ini..UMNO/DAP/PAS/MCA/MIC/PKR ataupun ISTANA(SULTAN)??????
Untuk meneyelesaikannya Sultanlah yang perlu mengambil jalan tengah membubarkan DUN.Biar rakyat Tunku menentukannya.
Siapa yang tidak berpuashati selepas itu dialah yang menghina Raja/Sultan.

Awanama berkata...

Drs,Sure tense for a day long.Balik sidang lurus lurus kaki,pekena teh herba Cina hilanglah lenguh lenguh tu. Anyway Stay Cool,take care and salam sore khamis. Nona Ratana Chulaborn.

solahuddin the warrior berkata...

stuju dgn enche', pi tgk bilik audio, nape sistem audio x berfungsi

Nizam Mahmud berkata...

Dari bloglimkitsiang

2.06 pm - unconfirmed news…FRU now entering SUK building

Awanama berkata...

hanya mampu berdoa.. semoga Allah memberi kekuatan kepada semua adun PR. hasbunallahha wanikmal wakeel.

Awanama berkata...

Tetapi bolehkah kita menegakkan kebenaran jika tidak mempertahankan kebenaran itu? Jika mengalah dan mendiam diri agar tidak kecoh atau menghindari keadaan tegang pesanan ini bercanggah dengan ajaran amar ma'ruf nahi munkar. Bolehkah kita insan biasa mengabaikan kebenaran ini? Dalam kegelapan kita mesti memberi pelitar cahaya supaya tidak ketakutan atau silap langkah. Kalau hamba silap, sila betulkan.

TpK berkata...

Saya dah kata sejak tadi, org dalam, penyokong PR patut pi ricki control room, take over kalau boleh kasi mic berfungsi. Payah2 sgt, cari loud hailer kasi sama YB Siva.