02 Julai 2010

Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam?

18 Rejab 1431 H
Oleh: Tok Pepijat

Komandan Maktab Tentera Diraja(MTD) ditukarkan atas alasan mesti bertanggungjawab atas peristiwa yang berlaku di MTD baru-baru ini yang membabitkan kematian pelajar.Menteri Pertahanan Zahid Hamidi ketika memberi arahan menyatakan Komandan itu mesti bertanggungjawab dan patut menerima hukuman.

Kenyataan Zahid adalah suatu yang biasa dikeluarkan oleh mana-mana Menteri Kabinet Kerajaan Malaysia apabila berlaku peristiwa yang tidak diingini. Yang mesti bertanggungjawab adalah "ikan-ikan bilis" sahaja. Sang Jerung pasti terlepas. Segala kejahatan, kelemahan dan kesalahan adalah tanggungjawab rakyat bawahan.

Sememangnya Menteri Kabinet Malaysia jenis "kebal" dari pendakwaan. Setiap kesalahan ditudingkan kepada rakyat marhein semata.Semuanya yang salah adalah rakyat. Yang buat jahat orang atasan tetapi yang kena golongan rakyat,golongan yang lemah dan tiada wang!

Lihat kes Altahtunya. Yang kena orang berpangkat rendah. Lihat kecurian enjin Jet. Yang jadi mangsa yang berpangkat rendah.Selamanya para Menteri dan atasan bebas dari pendakwaan. Mengapa ? Mereka ada kuasa. Mereka ada wang. Dan mereka tiada maruah!

Jenis spesis Menteri Kabinet Malaysia jika tinggal di Jepun bakal diketawakan oleh Doremon. Mungkin juga bakal diberi pedang Samurai oleh rakyat Jepun untuk mereka pakat "pancung" kepala sendiri! Malangnya Malaysia punya Menteri Kabinet Cap Ayam.

Harakahdaily/-

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah tahap pemikiran Naib Presiden UMNO.Ini jadi ikutan Ketua Bahagian dan yang lebih teruk Ketua cawangan pun berasa mereka sangat besar.Kalu dikampong ada ketua cawangan tak setuju dengan Cik Gu sekolah rendah pi mengadu dengan orang atas mint tukar kan cik gu tersebut.Apa lagi Ketua Bahagian yang ada jawatan lagilah actions.....tetapi malang umat Malaysia masih pilih mereka untuk jadi wakil TIDOR diparlimen atau DUN.

Tanpa Nama berkata...

Sokong...cap kati ditukar dgn cap ayam je

Tanpa Nama berkata...

Dah pilih nak jadi menteri besar pun x nak...cakap ja lebih....pasai kalau kau org jadi menteri x jadi ka masalah mcm ni?kedah jatuh pun kerana org dlm pas yg gila kuasa...klau jadi menteri slap2 bkan stakat tukar...tah2 lebih lagi....