02 Julai 2010

Kembali kepada template lama.

18 Rejab 1431H.

Setelah mendengar rungutan pengunjung setia yang mengatakan template baru telah menyebabkan blog ini lambat untuk dibuka, saya mengambil sedikit masa untuk melihat perkembangan pengunjung yang ternyata juga merosot dengan jumlah klik juga yang menurun dengan mendadak dalam tempoh dua minggu terakhir.

Kebiasannya klik harian sekitar belasan ribu, dan yang pasti mencecah 10,000 lebih pada setiap hari ternyata merosot pada minggu ini kepada sekitar 5000 sahaja. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk kembali kepada template lama yang ternyata lebih cepat untuk dibuka .

Saya mengucapkan terima kasih kepada admin Hisyam yang bersusah payah untuk mengembalikan blog ini kepada template lama.

Kepada pengunjung saya memohon maaf diatas kesukaran anda membuka blog ini dengan cubaan blog ini tampil dengan template baru beberapa minggu lepas.

19 ulasan:

amalhaj berkata...

assalamualaikum YB!
PAStinya beri kemudahan kepada pengunjung yang setia. yang baru belum PASti baik.......

Tanpa Nama berkata...

salam,mudah baca sebab lebih terang dan laju
syukran

Tanpa Nama berkata...

salam....yb memang lah yg ni lebih senang nak masuk....

Azman berkata...

salam YB..baru le laju saya bukak blog ni ...

Sadri berkata...

Assalamu'alaikum YB!
Tahniah kerana cukup prihatin dgn respon peminat. Saya cukup stuju perubahan ini. Muga YB terus mendapat perhatian, sokongan dan dokongan padu drpd seluruh pecinta kebenaran.

Tahniah2....

redza berkata...

salam YB
terima kasih
template lama mudah dan cepat
simple tapi maklumat padat..semoga YG sekeluarga dalam keadaan sihat..

Tanpa Nama berkata...

1. JANGAN BIOR PJ PERAK JALAN SORANG2 ,
UNIT AMAL SEDIAKAN LA BODYGUARD
2. PRU TAK LAMA LAGI ........... ???

baei berkata...

Kenapa sekejap sangat YB? Tapi sungguh nampak macam cantik tapi tak menarik. eloklah kembali kepangkal jalan.

Tanpa Nama berkata...

Salam YB
Blog kena simple je, mesra pengguna n bermaklumat. YB seorang yang ada sensitiviti dan boleh menerima pendapat orang ramai,gitulah sepatutnya YB
AyahSu

Affan Ruslan berkata...

Salam ziarah YB.
Saya tak berapa pasal hal tersebut.
Tapi rasanya yang ini nampak lebih friendly. :)

inarch_23 berkata...

salam YB...

TQ template lama di hidupkan semula page load pun cepat sikit...

Tanpa Nama berkata...

Salam, YB. saya setuju sgt kerana melayari blog ini dgn tima PDA phone, template baru tu agak slow. terima kasih di atas keprihatinan YB.

Tanpa Nama berkata...

Salam....

Saya pun setuju templet yg nie.

Pisangemas

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Dapat 'browse' lebih laju dengan template nih..

AlhamduliLLah....

Tanpa Nama berkata...

baru lega semula....

Tanpa Nama berkata...

Salam YB..memang pun yg baru tu selalu je hang kat pc saya..lambat pulak tu kalau signal tinggal 2 bar atau 1 bar alamatnya tak dapat baca le..yg lama punya ok..laju dan cepat...harap kekalkan yg lama dan satu lagi..aktiviti yb melawat kawasan ,jumpa rakyat kalau boleh masukkan juga mcm dulu2..seronok tgk yb pas mesra dgn rakyat...

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana tukar template lama. Al Banjari pun patut tukar ke template lama. Yg baru ni tak ada ump rasa nya.

akulajuki berkata...

Saya baru nak suggest kat ustaz supaya guna template lama tapi ustaz lagi cepat berindak. Bila ustaz guna template lama ni rasa suka hati sikit sebab load pun cepat. Apa-apa hal pun selamat untuk ustaz dan semoga perjuangan ini diteruskan. Sokongan saya tetap dan tak berubah. Insyaallah!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam
Albanjari pun patut kembali ke pangkal jalan spt YB, tak payah ek lah kalau tak mesra pengguna