02 Julai 2010

Cara-cara untuk memupuk ukhuwah fillah

Oleh : Akhisalman
19 Rejab 1431H.


1. Hendaklah seseorang memberitahu temannya bahwa dia kasih kepadanya.

Nabi bersabda: "Jika seseorang kasih kepada seseorang; maka hendaklah dia memberitahu temannya."(Hr Abu Daud)

2. Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya.

Nabi s.a.w bersabda:

"Setiap hamba yang muslim yang mendoakan saudaranya seIslam tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dgn berkata "Engkau juga akan mendapat seumpamanya"(Hr Muslim)

3. Hendaklah sentiasa bermanis muka ketika berjumpa saudaranya.

"Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun ; sekalipun dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yg ceria"(Hr Muslim)

4. Bila berjumpa dgn temanmu maka segeralah bersalam dengannya.

Nabi s.a.w bersabda:

"Setiap dua org Islam yg berjumpa serta bersalaman pasti akan diampun dosa keduanya sebelum mereka berpisah.(Hr Abu Daud)

5. Sesekali menziarahinya.

Nabi bersabda: "Hendaklah kamu menziarahi sesekali; nescaya akan menambah kasih sayang diantara kamu."

6. Memberi hadiah

Nabi s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu saling memberi hadiah; nescaya kamu akan berkasih sayang."(Hr Thabrani)

7. Membantu sahabat-sahabat nya fillah.

Nabi berpesan: "Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan."(Hr Hakim)

rujukan: al-Ukhuwah Islamiah oleh Dr Abdullah Nasih ulwan.