02 Julai 2010

Rakyat Malaysia Masih Ditahan Di Mesir

18 Rejab 1431H.


KUALA LUMPUR: Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah bersetuju untuk berbincang dengan Kementerian Luar Mesir berhubung isu penahanan seorang rakyat Malaysia, Muhamad Zulkifli Mohamad Zakaria (gambar ) yang ditahan di negara itu sejak 13 Jun.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, pihaknya telah melakukan kunjungan ke atas Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Asia Tenggara dan Asean, Mesir bagi mendapatkan maklum balas terhadap penahanan Muhamad Zulkifli yang ditahan tanpa alasan yang jelas.

"Kunjungan tersebut diatur pada Selasa lepas untuk menjelaskan keprihatinan Malaysia terhadap penahanan itu.

"Hasil daripada kunjungan itu, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Asia Tenggara dan Asean Kementerian Luar, Mesir bersetuju untuk menyampaikan perkara ini kepada Menteri Luar Mesir," menurut kenyataan itu.

Muhamad Zulkifli, 41, ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah sebelum menaiki pesawat untuk penerbangan pulang ke tanah air.

Menurut kenyataan itu, Wisma Putra akan terus memantau perkembangan kes itu dan masih menunggu maklum balas daripada pihak berkuasa Mesir.

"Wisma Putra juga akan memaklumkan kepada isteri Muhamad Zulkifli, Puan Nur Hidayah sekiranya ada perkembangan yang positif," katanya. -BERNAMA

Cina Islam : Dewan Ulamak PAS Perak telah mengarahkan kepada semua PAS Kawasan di Perak untuk mengadakan Solat hajat untuk kesejahteraan kepada Ust. Ibrahim(nama panggilan) semuga beliau terus tabah menempuh ujian getir ini. Sebelum ini beliau telah ditahan tanpa bukti dengan akta zalim ISA selama 6 tahun.

Tiada ulasan: