20 Mac 2012

Najib terus terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13

27 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PM Najib Tun Razak malam tadi terus berahsia mengenai bila pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dengan meminta semua pihak termasuk media memahami bahawa beliau perlu menyimpan sesetengah maklumat.

Malah dia menyatakan bahawa tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta ketua pegawai eksekutif syarikat Coca Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.

"Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu. Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di Ibukota malam tadi.

Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.

1 ulasan:

lijitra berkata...

Apa nak dirahsiakan.kata dah yakin boleh tawan negeri yg diperintah PR.umum saja lah tarikh PRU 13.Dgn berahsia ni boleh dikatakan najib tak yakin dgn apa yg dia kata dan dia rasa.