20 Mac 2012

Puluhan ribu kutuk kerajaan Iraq

27 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BASRA 20 Mac – Berpuluh-puluh ribu penyokong setia ulama Moqtada al-Sadr berhimpun di selatan Iraq semalam bagi mengutuk tahap perkhidmatan kerajaan yang lemah dan amalan rasuah yang berleluasa.

Perhimpunan itu diadakan sempena ulang tahun kesembilan pencerobohan ke atas Iraq yang diketuai oleh Amerika Syarikat bagi menggulingkan bekas Presiden Saddam Hussein.

Demonstrasi itu tertumpu di tengah bandar Basra dan penunjuk perasaan bertindak mengibarkan bendera Iraq sambil membawa potret ulam Syiah antiIslam, Moqtada al-Sadr dan ayahnya, Ayatollah Mohammed Mohammed Sadiq al-Sadr. – AFP

Tiada ulasan: