02 April 2012

12 Terselamat Kapal Terbang Terhempas Di Siberia

10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

MOSCOW: Sebuah kapal terbang yang membawa 39 penumpang dan empat anak kapal terhempas sebaik saja berlepas dari Siberia, awal pagi Isnin.

Namun, hanya beberapa penumpang dilaporkan terselamat.

Pesawat ATR-72 berlepas dari Tyumen menuju ke Surgut.

Jurucakap Kementerian Situasi Kecemasan, Irina Andrianova berkata, 12 orang terselamat dan diterbangkan ke hospital berdekatan dengan sebuah helikopter.

Sementara itu, 16 mayat berjaya ditemui setakat ini.

mstar/-

Tiada ulasan: