02 April 2012

Neymar atasi Robinho

10 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JARINGAN hatrik Neymar ketika membelasah Guaratingueta 5-0 membolehkan dia memintas Robinho dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Santos.

Neymar yang kini mengumpul 95 gol bersama Santos, mengatasi catatan 94 gol Robinho.

Lebih menarik, Neymar mencapai jumlah itu dengan 40 perlawanan kurang berbanding diperlukan Robinho dan kini menduduki tangga keempat penjaring terbanyak Santos selepas era Pele dan di tempat ke-25 untuk senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

“Saya tidak bermain untuk menjadi pemain terbaik atau mengatasi pencapaian sesiapa dalam senarai penjaring. Saya hanya melakukan apa yang perlu dan ia takkan berubah,” katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan: