17 Mei 2012

Nazmi perlu cepat suaikan diri

25 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PEMAIN muda negara, Mohd Nazmi Faiz Mansor yang terpilih menjalani ujian pemilihan­ bersama kelab divisyen satu Liga Portugal, SC Beira-Mar diharap bijak menyesuaikan diri dan tahap hadapi cabaran.

Penyerang Harimau Malaya, Safee Sali yang turut berbangga dengan pencapaian pemain tengah berusia 17 tahun itu berkata, bukan mudah mendapat peluang seperti itu.

“Setiap cabaran yang datang anggaplah ia sebagai pemangkin semangat untuk berjaya. Jangan lemah dengan cabaran dan dugaan, kena hadapi kerana itu akan menjadikan kita lebih kuat.

“Banyak bezanya bermain di luar dan dalam negara terutama dari segi budaya, makanan, dan suasana. Perlu cepat sesuaikan diri, jadilah pemain yang tahan lasak, jangan lembik dan terlalu sensitif,” katanya mengulas mengenai perkembangan positif pemain tengah Harimau Muda A itu.

Ahad lalu, Nazmi berangkat ke Portugal bagi menjalani ujian pemilihan selama seminggu bersama SC Beira-Mar.

Mengikut prestasi semasa, kelab yang digelar Auri Negros itu kini menduduki tangga ke-12 daripada 16 pasukan dalam saingan liga utama Portugal.

Sinar Harian

Tiada ulasan: