12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
|
ABUJA - Kerajaan Arab Saudi telah menolak kemasukan lebih 1,000
jemaah haji wanita dari negara ini kerana tidak ditemani oleh lelaki
atau mahram masing-masing, kata beberapa pegawai Nigeria kelmarin.
Semua wanita itu mulai tiba di lapangan terbang antarabangsa Jeddah,
Arab Saudi Ahad lalu jelas satu laporan yang dikumpul oleh Suruhanjaya
Haji Kebangsaan Nigeria yang mengawal selia jemaah haji Nigeria ke
Mekah.
"Apabila ditanya oleh pegawai Suruhanjaya Haji Kebangsaan, mereka
diberitahu bahawa jemaah haji itu ditahan kerana tiada mahram," kata
laporan yang diserahkan kepada wakil jawatankuasa hal ehwal luar
Nigeria.
Kira-kira 171 jemaah haji wanita itu pulang ke Nigeria menerusi satu penerbangan kelmarin.
"Mereka tidak diusir, sebaliknya dihantar pulang oleh Suruhanjaya
Haji Kebangsaan kerana malu dengan pihak berkuasa Arab Saudi," kata
jurucakap suruhanjaya, Umar Bala kepada agensi berita AFP.
Satu perbincangan dua hala sedang dijalankan di antara para pegawai kedua-dua negara bagi menyelesaikan isu itu, tambah beliau.
Katanya, seramai 1,000 jemaah haji wanita masih terkandas di lapangan terbang sama. - AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan