12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Seramai 83 murid Sekolah
Kebangsaan Parit Setongkat di sini mendakwa mengalami sakit perut,
cirit-birit dan muntah dipercayai keracunan makanan selepas minum susu
kotak 1Malaysia hari ini.
Kejadian membabitkan murid tahun satu hingga enam yang mengadu
mengalami simptom-simptom berkenaan selepas minum susu kotak berkenaan
pada waktu rehat antara pukul 9.30 dan 10 pagi.
Berikutan itu, seramai lima kakitangan Pusat Kesihatan Muar telah
dikejarkan ke sekolah tersebut untuk memberi rawatan kecemasan termasuk
suntikan.
Bagaimanapun, tiada murid yang dimasukkan ke hospital disebabkan kejadian tersebut.
Seorang murid tahun empat yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad
berkata, dia merasa pening dan muntah sebanyak tiga kali selain
cirit-birit setelah setengah jam minum susu itu.
UTUSAN MALAYSIA/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan