Nama pelik abjad istimewa 'apostrophe' |
12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) terus membongkar sebuah lagi
penipuan dan persediaan untuk menipu secara besar-besaran oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR) dengan bantuan Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN).
Unit Pengesan Penipuan SPR (UPPSPR) sebuah sayap SAMM yang ditubuhkan
dalam Rapat SAMM Kebangsaan yang lalu telah berjaya mengesan satu
perkembangan tidak sihat telah diusahakan oleh jabatan-jabatan kerajaan
untuk menutup kerja kotor SPR yang bertujuan mengekalkan kuasa regim
Barisan Nasional.
Berikut adalah penemuan baru yang berkaitan, membuktikan SPR bukan
sahaja tidak melaksanakan salah satu daripada lapan tuntutan BERSIH
iaitu membersihkan senarai pengundi, malah SPR didapati berusaha lebih
gigih untuk memastikan regim terus berkuasa apabila berganding bahu
dengan JPN;
1. Nama pelik dalam carian senarai pengundi yang tertulis hanya sebuah abjad istimewa 'apostrophe' telah ditemui selain daripada ribuan nama pelik yang didedahkan sebelum ini, tidak lagi boleh diusul periksa dalam sistem carian kad pengenalan dalam laman web JPN. Lihat keratan di bawah untuk kes terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe' yang dikesan dalam sistem carian SPR;
2. Cubaan UPPSPR untuk mendapatkan nama sebenar pemilik no kad pengenalan '781220135703' yang juga penama abjad istimewa 'apostrophe', dalam laman web yang disediakan JPN menemui jalan buntu apabila laman asal sistem pencarian telah diubah. Sistem carian kad pengenalan sebelum ini yang beralamat URL "http://www.jpn.gov.my/semakic/" - memaparkan nama dan status apabila dimasukkan nombor kad pengenalan tetapi URL laman tersebut gagal ditembus. Lihat contoh carian di bawah, ia adalah carian pada bulan Ogos 2011 ketika menemui nama pelik yang mempunyai 2 nombor kad pengenalan;
Sistem carian yang lama mempunyai ruangan nama |
Alamat URL sistem carian yang lama gagal ditembus |
3. Namun demikian, UPPSPR mendapati JPN telah menukar sistem carian baru di alamat URL "http://semakan.jpn.gov.my/semak_kpt/" yang tidak memaparkan nama pemilik kad pengenalan setelah nombor KP dimasukkan. Perubahan yang dilakukan JPN seolah-olah dirancang untuk menggagalkan sebarang usaha untuk mengesan penipuan SPR. Ia jelas satu langkah ke belakang apabila saki baki ketelusan sebelum ini dinafikan sama sekali. Lihat laman yang diperbaharui dalam gambar di bawah;
Laman baru, apabila dimasukkan nombor IC, hanya tertulis status permohonan |
4. Perkembangan ini sangat membimbangkan selain menggambarkan sebuah kerjasama hebat telah terjalin di antara SPR dan JPN untuk mengambus penipuan pilihanraya.
Justeru itu, SAMM mendesak agar JPN tampil menjawab apakah alasan dan
tujuan mengubah sistem carian daripada yang lebih telus terperinci
seperti sebelum ini kepada sistem carian yang menyembunyikan nama
pemegang kad pengenalan.
SAMM melihat penemuan terbaru nama abjad istimewa 'apostrophe'
membuktikan SPR tidak pernah berusaha membersihkan senarai pengundi
sepertimana yang dituntut sejak tahun 2006. Ribuan nama pelik yang tidak
dijustifikasi malah disusahkan lagi pencariannya dalam sistem carian
JPN, berpuluh ribu nombor KP yang ada dalam senarai pengundi SPR tetapi
tiada dalam sistem pangkalan data JPN, beratus ribu pengundi berada
dalam kategori satu alamat diduduki ratusan pengundi pelbagai bangsa,
semua ini masih tidak dibersihkan lagi oleh SPR dan tiada usaha
konstruktif ke arah pembersihan senarai pengundi.
Apalagi yang boleh diharapkan dari SPR yang semakin hari semakin
mengarut? Desakkan terhadap timbalan dan pengerusi SPR yang dikenalpasti
sebagai ahli Umno supaya segera meletakkan jawatan tidak diendahkan.
Jawatan tertinggi SPR sepatutnya diserah kepada individu lebih layak
yang tidak menyertai mana-mana parti politik.
SAMM juga melihat SPR sebagai badan yang tiada kredibiliti lagi selain
tidak berintegriti dalam memastikan ketelusan menjalankan kerja-kerja
pengurusan pilihanraya. Rakyat yang mengimpikan demokrasi sudah hilang
kepercayaan terhadap SPR.
Dengan ini, SAMM mendesak keras agar SPR dibubarkan terlebih dahulu
sebelum parlimen dibubarkan. SAMM menyeru rakyat seluruh negara, NGO dan
NGI bersama bergerak mendesak SPR dibubarkan. Tekanan hebat harus
diberikan kepada SPR supaya menyerahkan tanggungjawab menjaga perihal
pilihanraya kepada badan lain yang lebih profesional dan punya integriti
dalam menjalankan tanggungjawab.
Ayuh semua, gerakan mendesak SPR dibubarkan sebelum parlimen Malaysia
dibubar harus diperhebat demi menjamin demokrasi dan masa depan negara.
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan