12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
BANDAR SERI BEGAWAN: Setiap kanak-kanak Islam, berusia antara tujuh
dan 15 tahun dan tinggal di Brunei Darussalam, diwajibkan dihantar ke
sekolah tadika dan sekolah rendah agama.
Ia sebahagian daripada Peraturan wajib Pendidikan Islam 2012 yang
ditekankan oleh Sultan Brunei dalam ucapannya pada sambutan Hari Guru,
baru-baru ini. Peraturan itu akan dilaksanakan bermula 1 Januari, tahun
depan.
Ia turut menekankan kewajipan pendidikan agama untuk kanak-kanak yang
lahir pada atau selepas 1 Januari 2006, dan sekurang-kurangnya seorang
dari ibu atau bapa adalah rakyat atau penduduk tetap negara ini.
Perkara ini didedahkan semalam oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman.
Perkara ini didedahkan semalam oleh Menteri Hal Ehwal Agama, Pengiran Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Pengiran Haji Abdul Rahman.
Perintah itu turut membawa maksud semua kanak-kanak perlu memenuhi syarat untuk masuk ke tadika atau sekolah rendah agama. Pendidikan agama bermaksud, menurut ajaran Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Peraturan itu juga menggariskan tanggungjawab wajib ibu bapa untuk mendaftarkan anak mereka di sekolah agama pada 1 Januari untuk penggal sekolah dan memastikan kanak-kanak itu boleh terus bersekolah sepanjang tempoh pendidikan agama itu.
Ibu bapa yang gagal berbuat demikian dianggap melakukan kesalahan dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi BND$5,000 (RM12,514) atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.
Kanak-kanak perlu menghadiri sekolah agama untuk tujuh atau lapan tahun.
Mohamad berkata, kementerian bersedia melaksanakan perintah itu dan memerlukan kerjasama dan komitmen penuh daripada semua pihak untuk program itu berjaya.
Katanya, ia juga selaras dengan falsafah negara iaitu Kesultanan Melayu Islam. - Brunei Times
Tiada ulasan:
Catat Ulasan