12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KEPULAUAN GALAPAGOS, Equador – Pihak Taman Negara Galapagos, Yayasan
Charles Darwin dan Universiti California melaksanakan operasi penandaan
ikan paus jerung di sekitar kepulauan ini.
Beberapa penyelam daripada tiga organisasi tersebut melekatkan penanda elektronik ke sirip spesies ikan terbesar di dunia itu.
Penanda elektronik tersebut dihubungkan dengan sebuah satelit bagi memudahkan lokasi ikan tersebut dikesan.
Projek berkenaan bertujuan untuk memudahkan saintis-saintis memahami
proses migrasi spesies itu secara lebih mendalam pada peringkat
tempatan, serantau dan global.
Kepulauan Galapagos yang merupakan milik Equador terletak di Lautan
Pasifik timur, sekitar 972 kilometer ke barat pantai negara berkenaan di
rantau Amerika Selatan. – Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan