12 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
|
KUCHING – Misi mengeluarkan mayat pelombong emas haram yang mati
dihempap dua bongkah batu sebesar kereta Perodua Kancil di kaki Gunung
Tabai dekat sini awal pagi kelmarin, dihentikan terus petang semalam
atas faktor keselamatan.
Ia ekoran operasi semakin rumit selepas berlakunya runtuhan baharu
bongkah batu dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Mohd. Sabri Zainol
berkata, operasi selama dua hari tersebut dihentikan kira-kira pukul 4
petang kerana masih banyak lagi bongkah batu yang tidak dapat dialihkan.
Menurutnya, disebabkan struktur terowong tersebut tidak stabil dan
diburukkan lagi dengan runtuhan terbaharu, misi mengeluarkan mayat
mangsa, Lee Sze Chun, 37, di kaki gunung tersebut terpaksa ditamatkan
serta-merta.
“Pasukan menyelamat terpaksa dikeluarkan dari terowong terbabit
selepas berlaku runtuhan kerana kita tidak mahu berlakunya kehilangan
nyawa membabitkan anggota penyelamat.
“Pada masa yang sama, saya mewakili pasukan mencari dan menyelamat
memohon maaf kepada ahli keluarga mangsa kerana gagal membawa keluar
mayat Sze Chun.
“Bukan kita tidak mampu menggalas tugas itu tetapi kita juga perlu
memikirkan keselamatan anggota penyelamat,” katanya kepada pemberita di
tempat kejadian dekat sini semalam.
KOSMO/-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan