15 Oktober 2012
Gilap bakat pemain pelapis
29 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee menyifatkan program pembangunan sedia ada sudah banyak melahirkan ramai pemain pelapis yang mampu pergi jauh sekiranya bakat mereka digilap dengan betul.
Kim Swee ketika dipetik dalam akaun Twitternya berkata, program tersebut harus diteruskan bagi melahirkan pelapis masa depan.
"Kita tidak ketandusan pemain. Malah pemain muda seperti Nazmi Faiz, Arif Farhan, Adam Nor dan Mohd Raphi adalah merupakan pemain yang dicungkil bakatnya melalui sekolah sukan.
"Tahniah pada barisan kejurulatihan Program Pembangunan Bola Sepak Negara," katanya.
Dalam masa sama, menyifatkan usaha di peringkat akar umbi juga perlu dengan pendedahan di peringkat antarabangsa, Kim Swee berharap lebih banyak bintang muda dalam pembikinan berjaya dilahirkan untuk pada masa depan.
Agency
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan