15 Oktober 2012
Mangsa keadaan
29 Zulkaedah 1433H. [MOD] - PENYERANG skuad Harimau Malaya, Safee Sali yang digantung Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) disifatkan sebagai mangsa keadaan.
Malah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, konflik dihadapi penyerang Pelita Jaya FC itu sememangnya sudah dijangka.
“FAM sentiasa menasihati pemain negara yang ingin beraksi dengan kelab luar, namun tidak bermakna kita menyekat mereka.
“Pemain yang ingin beraksi di luar negara harus berwaspada apabila menandatangani kontrak dengan kelab berkenaan,” katanya di sini.
Menurutnya, keputusan terbaru bahawa Safee boleh beraksi bersama skuad kebangsaan adalah berita menggembirakan buat skuad kendalian Datuk K Rajagobal.
Semalam, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan Safee tidak digantung dan pemain Pelita Jaya itu akan bersama skuad kebangsaan dalam perlawanan persahabatan di Hong Kong, esok.
Sebelum ini, media melaporkan Safee digantung daripada beraksi dalam mana-mana pertandingan termasuk menyertai latihan skuad negara selepas kelabnya bersama 31 kelab di Indonesia digantung oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa).
Penggantungan Fifa itu dibuat selepas berlaku konflik antara PSSI dan Komiti Penyelamat Sepak Bola Indonesia (KPSI) berkaitan status sebenar ISL dan Liga Perdana Indonesia (IPL) sebagai liga sah.
Agency
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan