|
KUALA LUMPUR – Bilionair telekomunikasi, T. Ananda Krishnan kini
bergelar orang terkaya di Malaysia apabila memintas ‘Raja Gula’, Tan Sri
Robert Kuok dengan mengumpul kekayaan bernilai RM30.56 bilion.
Menurut kaji selidik akhbar berbahasa Cina Nanyang Siang Pau,
Ananda mendapat lonjakan baharu dari segi kekayaan apabila saham Astro
Malaysia Holdings Bhd. disenaraikan di Bursa Malaysia pada tahun lepas.
Menurut kaji selidik itu, Kuok yang memiliki pelaburan dalam
sektor perhotelan dan resort, perladangan serta syarikat perkapalan
tercicir daripada kedudukan orang terkaya di Malaysia dengan nilai harta
berjumlah RM29.4 bilion.
Kuok dinobatkan sebagai orang terkaya di Malaysia pada tahun lalu
berdasarkan ranking majalah Malaysian Business dengan harta bernilai
RM45.7 bilion tetapi kekayaan itu susut sebanyak RM16.3 bilion pada
tahun ini.
Tempat ketiga pula dikuasai tokoh perbankan dari Public Bank, Tan
Sri Teh Hong Piow dengan nilai aset berjumlah RM15.1 bilion, meningkat
sebanyak RM2.36 bilion berbanding RM12.64 bilion pada tahun lalu.
1 ulasan:
Tapi ada orang Islam dengki bila ada orang Islam lain diiktiraf antara yang terkaya di Malaysia.
Catat Ulasan