21 Januari 2013

Najib diminta tepati janji lama dulu

9 Rabi'ul Awal 1434 H. [MOD] -



(Mana royalti kami....banner besar menyambut kedatangan Najib ke Kelantan)

KOTA BHARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lebih wajar menepati janji kerajaannya untuk membina Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu dari membuat janji baru.

Ini kerana, Lebuhraya Kuala Krai dan Kota Bharu telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) dan diluluskan semula dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006 -2010).

Demikian kata Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulas janji Perdana Menteri semasa lawatan ke Kelantan kelmarin.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan tujuh projek besar yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan tidak lama lagi.

Projek terbabit merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan membabitkan 3,000 unit.

Projek lain adalah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.

Najib berkata, tujuh projek ini akan juga dimasukkan dalam manifesto BN nanti.

"Sudah hampir 26 tahun namun tidak dilaksanakan, tak malukah? datang ke Kelantan berjanji akan hal telah termaktub dalam RMK?

"Enam perkara lagi anda fikirlah sendiri logik ke tidak akan laksanakan setelah perkara pertama pun diabaikan," tulis Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Aziz dalam facebooknya.

Semasa melawat Kelantan kelmarin, Najib telah disambut dengan banner besar bagi mengingatkan beliau tentang janji BN sebelum ini. (gambar atas)

Ia dinaikkan oleh NGO 'R' yang memperjuangkan royalti untuk rakyat Kelantan.

harakah/-

1 ulasan:

Kim berkata...

susah nak laksanakan janji apabila negeri jatuh ke tangan pembangkang, lagi susah bila pembangkang pula tak tunaikan janji selepas berkuasa