01 Mei 2013

Pakatan kemuka 13 janji untuk pejawat awam

20 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

Orang orang bersorak bersama Husam dan Anwar di Putrajaya

PUTRAJAYA: Sempena Hari Pekerja yang disambut pada hari ini,  Pakatan Rakyat memperturunkan Deklarasi Putrajaya 2013 yang mencakupi 13 perkara khusus untuk penjawat awam.

Ia bertujuan untuk mewujudkan sebuah perkhidmatan yang benar-benar cekap, berdaya saing, amanah dan menjunjung cita-cita negara Malaysia mencapai 'world class delivery system'. 

Tidak kurang 5,000 penyokong Pakatan Rakyat termasuk penjawat awam memenuhi ruang parkir di belakang Istana Kehakiman Presint 3 bagi menyaksikan deklarasi yang bakal memberi manfaat kepada mereka.

Deklarsi yang disediakan oleh Calon PAS Putrajaya Datuk Husam Musa disampaikan kepada Pengerusi Pakatan Rakyat Datuk Sri Anwar Ibrahim kemudian terus 

mengisytiharkan deklarasi itu.

Di antara 13 perkara yang digariskan di dalam deklarsi itu termasuklah:

1) Bayaran gaji berasaskan bilangan minggu (tambah satu bulan pendapatan)

2) Pinjaman rumah tanpa faedah,

3) Pendidikan mesra penjawat awam (khusus di Putrajaya), 

4) Pencen pilihan, 

5) Belajar semasa tempoh berkhidmat.

6) Menyerap ke jawatan tetap bagi kakitangan perkhidmatan kontrak, sementara dan khidmat singkat 

perkhidmatan awam 

7) Membangunkan Sektor perkhidmatan awam menuju standard kelas dunia (world class 

standard)

8) Pertukaran dan penempatan penjawat awam berteraskan mesra keluarga

9) Perlindungan insurans bagi penjawat awam di semua agensi peguatkuasaan seperti Kastam, Polis, tentera, dan lain-lain bertujuan memberikan mereka keyakinan bahawa tugas mereka dihargai sepenuhnya oleh kerajaan.

10) Pengecualian cukai pendapatan bagi penjawat awam gred 41 ke bawah bertujuam memberikan pendapatan benar yang lebih besar

11) Menyelaras gaji pegawai dan kakitangan penjara sama seperti anggota polis seperti yang  diamalkan sebelum ini.

12) Mengkaji untuk menaikkan imbuhan tetap perumahan (ITP) penjawat awam gred 40 ke bawah dari jumlah minimum RM180 kepada jumlah yang lebih munasabah

13) Elaun kola tidak dipotong (RM150) bagi penjawat awam yang menduduki kuarters kerajaan di Putrajaya.

Harakahdaily/-

1 ulasan:

Pak Mat berkata...

Nampaknya no 12 kurang mesra alam la.... Alang-alang nak naik biaq semua merasa....