PKR yakin bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan mendapat tekanan daripada Umno sehingga menyebabkannya menukar kenyataan dengan mendakwa anak diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Datuk Johari Abdul yang bertanggungjawab menyusun sidang media permohonan maaf Azlan Mohd Lazim sebelum ini berkata, perkembangan sebegitu bukan luar biasa, terutamanya pada musim pilihan raya.
"Beberapa hari sebelum ini En Azlan Mohd Lazim telah menghubungi saya dan menyatakan beliau menghadapi tekanan yang sangat kuat dari Umno.
"Tekanan ini turut dikenakan ke atas keluarganya. Saya yakin 'penarikan balik' pengakuannya ini adalah natijah dari tekanan ini," dakwa Johari (kiri).
Azlan awal petang ini sekali lagi menukar kenyataannya dengan mendakwa dakwaan liwat ke atas anaknya oleh Anwar 2008 benar-benar berlaku dan bukan konspirasi politik seperti kenyataannya beberapa bulan lalu.
Beliau juga menarik balik permohonan maaf kepada Anwar sekeluarga dan mengumumkan keluar PKR serta-merta.
Dalam kenyataannya lewat petang ini, Johari menjelaskan, Azlan sendiri yang meminta untuk bertemu PKR dan menawarkan untuk membuat pengakuan bahawa segala dakwaan terhadap Anwar sebelum ini satu konspirasi politik.
Dalam kenyataannya pada 8 Mac lalu, Azlan, 60, mendakwa semua kenyataan akhbar yang dikeluarkan anaknya dan beliau dirancang dan disediakan pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan seorang peguam.
Beliau malah merayu kepada seluruh rakyat Malaysia "bangun bersatu menentang kezaliman ini dan bekerja keras agar kebenaran akan muncul" serta berdoa agar Allah memenangkan perjuangan Anwar dan Pakatan.

Malaysiakini/-
5 ulasan:
jangan di layan manusia tidak berpendirian ini yang dia nampak RMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM
Bapa Saiful ni kerja apa? Dekat pilihanraya PRU sempat lagi kalau nak PAU. Doktor pun tak ada bukti menyatakan Saiful diliwat. Tak boleh pakai...
dia dah nyanyok.tu la perangai pencacai umenongok.tak dak pendirian langsung.
umno kan dah terdesak.....
kerajaan zalim wajib dilenyapkan tros
Catat Ulasan