12 Oktober 2021

Dewan Rakyat tangguh setelah 17 hari bersidang

 

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan setelah berlangsung selama 17 hari bermula 13 September lalu.

Sepanjang persidangan, beberapa langkah ketat diambil bagi mengekang wabak penularan Covid-19, antaranya mewajibkan RTK-AG Saliva secara berkala serta meningkatkan kualiti udara dalam Parlimen.

Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, hasil daripada itu, hanya sembilan kes dilaporkan positif Covif-19 yang berpunca dari komuniti.

“Syukur tiada jangkitan atau kluster dalam Parlimen.

“Saya dan bagi pihak Timbalan ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Yang Berhormat. Saya juga ingin hargai KKM, khususnya Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan. Dr Norliza Nordin dan pasukan beliau yang berikan sepenuh komitmen dalam mengambil langkah, pastikan kita semua terkawal dan selamat.

“Saya turut ingin ucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Azalina Othman Said yang sudi pengerusikan sementara, beberapa kali sepanjang persidangan ini. Kesediaan beliau amat saya hargai.

“Tidak lupa juga kepada semua pegawai kerajaan, warga Parlimen Malaysia, pengurusan Dewan Rakyat, wakil media, dan pihak terlibat langsung dan tidak langsung,” katanya sebelum menangguhkan persidangan Dewan Rakyat dalam mesyuarat akan datang. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: