12 Oktober 2021

Ronaldo jalin perniagaan dengan jutawan Singapura

 

CRISTIANO Ronaldo bersama Peter Lim.


LONDON: Hubungan Cristiano Ronaldo dan jutawan Singapura, Peter Lim lebih daripada sekadar persahabatan kerana mereka juga rakan perniagaan yang amat rapat.

Semalam, pasangan itu telah mengumumkan usaha sama perniagaan baharu, ZujuGP.

Beberapa tahun lalu, syarikat milik Peter, Mint Media menjadi pemilik dan pentadbir semua hak gambar Ronaldo, selain dari yang dihasilkan oleh kelab di mana dia bermain pada waktu tertentu.

Semalam, Ronaldo mengumumkan bahawa perniagaan baharunya bersama Peter adalah platform ZujuGP, yang bertujuan untuk menyatukan bola sepak, teknologi dan komunikasi.

“Anda tidak akan pernah melihat bola sepak dengan cara yang sama lagi.

“Daftar untuk ZujuGP dan mulakan perjalanan ini bersama kami,” kata Ronaldo di laman media sosialnya. BH/-


Tiada ulasan: