12 Oktober 2021

Penjawat awam Sarawak terima sebulan setengah gaji

 Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg. - Foto BERNAMA

Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg. - Foto BERNAMA

KUCHING: Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak sebulan setengah gaji kepada penjawat awam negeri dan RM500 kepada penjawat awam Persekutuan dalam Belanjawan Sarawak 2022.

Perkara itu diumumkan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg pada Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), sebentar tadi.

Beliau berkata, keseluruhan Belanjawan Sarawak 2022 adalah berjumlah RM10.136 bilion.

bharian/-

Tiada ulasan: