12 Oktober 2021

Tiket bas sudah habis

 

Sambutan yang diterima terutama melibatkan destinasi ke Pantai Timur amat di luar jangkaan, menurut Mohd Rofik Mohd Yusoff.

PETALING JAYA: Tiket bas bagi perjalanan di semua destinasi di seluruh negara dari Seremban telah habis dijual selepas kerajaan membenarkan rentas negeri yang berkuatkuasa semalam.

Berikutan itu, pengusaha bas ekspres di Negeri Sembilan terpaksa mencari pelbagai alternatif bagi memenuhi permintaan pengguna di negeri ini.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Catar Malaysia, Mohd Rofik Mohd Yusoff sejak kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri, berlaku permintaan tinggi dalam kalangan pengguna perkhidmatan bas ekspres.

Menurutnya, sambutan yang diterima terutama melibatkan destinasi ke Pantai Timur amat di luar jangkaan.

“Ramai pengguna tidak mendapat tiket dan kami sedang berusaha untuk menyediakan lebih banyak bas dalam tempoh terdekat,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Selain itu katanya, kebanyakan pengusaha juga berhadapan kekangan untuk memulakan operasi selepas kebanyakan bas tidak digunakan dalam tempoh lama akibat pandemik Covid-19.

Katanya, ia memerlukan kos tinggi untuk mempersiapkan bas masing-masing termasuk insurans, membuat pemeriksaan di Pusat Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) dan menukar tayar serta pelbagai keperluan yang lain.

“Pengusaha perlu menyediakan kos antara RM10,000 hingga RM15,000 untuk penyediaan kelengkapan kenderaan itu sebelum boleh memulakan semula perkhidmatan bas ekspres.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan memberi kebenaran rentas negeri bagi mereka yang lengkap dua dos.

Ia berikutan negara telah mencapai 90 peratus populasi yang lengkap vaksinasi.

FMT/-


Tiada ulasan: