19 Disember 2021

3,108 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

 3,108 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 29 kematian dilaporkan setakat tengah malam Sabtu, menjadikan jumlah kematian terkini mencecah 31,073 kes. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,108 kes baharu COVID-19 direkodkan pada Ahad menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di negara ini sebanyak 2,718,959 kes setakat ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.

Sementara itu, menurut data di laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 29 kematian dilaporkan setakat tengah malam Sabtu, menjadikan jumlah kematian terkini mencecah 31,073 kes.
Daripada angka kematian baharu, tujuh melibatkan kes kematian di luar hospital atau brought-in-death (BID). Sebanyak 6,282 kes BID dilaporkan sehingga Jumaat.
https://www.astroawani.com/

Tiada ulasan: