The Hague: Rakyat Belanda akan menyambut Hari Natal dalam suasana 'berkurung' bagi mengekang penularan varian baharu Omicron, kata Perdana Menteri Mark Rutte pada Sabtu.
Semua kedai bukan perkhidmatan perlu, restoran, bar, muzium, panggung wayang dan teater akan ditutup bermula hari ini sehingga 14 Januari.
Bagaimanapun sekolah akan ditutup sehingga 9 Januari ini, menurut Rutte.
Rakyat kini hanya dibenarkan menerima dua orang tetamu saja di rumah kecuali ketika sambutan Hari Natal pada 26 Disember ini dan sambutan Tahun Baharu dengan empat orang tetamu dibenarkan.
"Saya berada di sini malam ini dalam suasana yang muram kerana Belanda akan kembali kepada perintah berkurung.
"Ini adalah gelombang kelima dan dengan penularan agresif Omicron memerlukan kita lebih berwaspada," katanya dalam sidang media.
Varian Omicron kini dianggap lebih ganas daripada varian Delta di Belanda, kata Ketua Kumpulan Pengurusan Wabak Belanda, Jaap van Dissel.
"Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu boleh menyebabkan Omicron menjadi lebih dominan," katanya dalam sidang media. AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan