19 Disember 2021

Mangsa banjir Kelantan meningkat

 Jalan utama Kuala krai yang menghubungkan Kampung Kuala Nal dengan Lepan Pauh dan Bukit Sireh terputus hubungan akibat limpahan Sungai Kelantan susulan hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Jalan utama Kuala krai yang menghubungkan Kampung Kuala Nal dengan Lepan Pauh dan Bukit Sireh terputus hubungan akibat limpahan Sungai Kelantan susulan hujan lebat berterusan sejak dua hari lalu. - NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 4,159 orang setakat jam 1 tengah hari ini, dengan enam lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan tiga di Kuala Krai, dua di Pasir Mas dan satu di Gua Musang

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyatakan, semua mangsa banjir daripada 992 keluarga itu berada di 48 PPS di lima daerah.

Mangsa banjir di Gua Musang bertambah kepada 2,574 orang ditempatkan di 16 PPS manakala jumlah mangsa di Kuala Krai kini 1,077 orang di 24 PPS,

Pasir Mas mempunyai 285 mangsa di empat PPS, Jeli seramai 131 orang di dua PPS dan Tanah Merah 92 orang yang berada di dua PPS.

Berdasarkan portal eBanjir Kelantan, enam jalan ditutup iaitu tiga di Kuala Krai, dua Tanah Merah dan satu di Machang.

Antara jalan yang ditutup ialah Jalan Jirat, Jalan masuk ke Kampung Baru Pahi, Jalan Bukit Sireh/ Kampung Bedal/ Kuala Nal di Kuala Krai dan Kampung Kuala Hau- Temangan di Machang.

Selain itu, dua jalan di Tanah Merah iaitu Jalan Tanah Merah- Kusial- Kampung Ipoh dan Jalan ke Loji Membersih Air Bukit Remah.

BHARIAN.

Tiada ulasan: