19 Disember 2021

Lima laluan di ibu negara ditutup

 Keadaan banjir di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka dalam tinjauan jam 1.30 pagi tadi. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Keadaan banjir di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Dataran Merdeka dalam tinjauan jam 1.30 pagi tadi. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

KUALA LUMPUR: Polis melencongkan dan menutup lima laluan di sekitar ibu negara susulan banjir akibat hujan lebat sejak semalam.

Laluan membabitkan Jalan Tuanku Sultan Abdul Halim, Jalan Rahmat, Jalan Sentul Manis, Jalan Pahang Barat dan Terowong Lebuhraya SMART, dengan pengguna dinasihatkan menggunakan Jalan Tun Razak untuk ke pusat bandar.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, berkata laluan ditutup untuk proses pembersihan yang giat dijalankan.

"Polis menasihatkan pengguna jalan raya mengelak daripada menggunakan atau melalui jalan terbabit dengan lencongan dan penutupan, selain patuhi arahan anggota bertugas bagi memastikan keadaan lalu lintas sentiasa lancar serta terkawal.

"Orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur (03-20260267/69) atau mana-mana balai polis berhampiran untuk pertanyaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

BHARIAN.

Tiada ulasan: