07 Disember 2021

PM rasmi Residensi Kuchaimas

 - FOTO FB

- FOTO FB

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merasmikan Residensi Kuchaimas, projek dibangun menerusi Program Residensi Keluarga Malaysia Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Kediaman itu dibina secara kerjasama strategik antara Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Aset Kayamas Sdn Bhd.

Program itu merealisasikan impian warga kota khusus berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri yang selesa dan kondusif pada harga mampu milik.

Residensi Kuchaimas ini menawarkan blok bangunan 49 tingkat dengan 478 unit kediaman berharga RM198,000 seunit.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah dan Pengarah Urusan Aset Kayamas Sdn Bhd, Tan Sri Chai Kin Kong.

BHARIAN.

Tiada ulasan: