22 Disember 2011

Anak istimewa aktivis reformasi meninggal dunia

26 Muharram 1433H. [MOD] -

KAJANG 22 Dis: Salah seorang anak kepada aktivis reformasi, Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham Raja Muhaiddin, meninggal dunia pagi tadi.

Annisa Afendi, 10 yang mengalami kecacatan cerebral palsy (CP), menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8.50 pagi di Hospital kajang.

Jenazah Annisa disolatkan di Masjid Jamek, Kajang dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan, selepas solat Zohor.

Sebelum ini, kempen Hope 2 Walk, dilancarkan bagi memberi peluang kepada Annisa dan adiknya, An-Nur Affandi, 8 menikmati kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak lain.

Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami CP atau Mitochondrial Disease.

Pembiayaan perubatan itu adalah bagi menampung perbelanjaan anaknya di hospital di China dan pendidikan khas di United Kingdom.

Kempen itu, yang disebarkan secara meluas di laman maya seperti Facebook dan twitter, turut mendapat perhatian pimpinan Pakatan Rakyat.

Semalam, isteri kepada Menteri Besar Selangor, Puan Seri Salbiah Tunut turut mengambil kesempatan menziarahi kedua anak istimewa itu, sebelum Annisa kembali menemui pencipta Nya pagi ini. Al Fatihah.

Keadilan Daily

Tiada ulasan: