22 Disember 2011

Jumlah mangsa banjir Johor menurun kepada 771 orang

26 Muharram 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 22 Dis. - Keadaan banjir di Johor semakin pulih dengan jumlah mangsa yang masih berada di pusat pemindahan berkurangan kepada 771 orang setakat 10 pagi ini, berbanding lebih 1,800 petang semalam.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri Johor ketika dihubungi Bernama di sini berkata, sebanyak 12 pusat pemindahan masih dibuka iaitu lima di Batu Pahat, empat di Segamat dan tiga di Kluang.

Kluang mencatatkan mangsa teramai dengan 371 orang daripada 94 keluarga, diikuti Batu Pahat dengan 224 mangsa daripada 54 keluarga, sementara segamat pula melibatkan 37 keluarga dengan 176 mangsa. - BERNAMA

Tiada ulasan: