22 Disember 2011

25 orang maut bas bertembung trak di Turki

26 Muharram 1433H. [MOD] -

ANKARA 22 Dis. – Sekurang-kurangnya 25 maut dan 16 cedera apabila bas yang dinaiki bertembung dengan sebuah trak dari arah bertentangan di tenggara Turki, semalam.

Gabenor wilayah Diyarbakir, Mustafa Toprak berkata, jalan sempit akibat kerja-kerja penyelenggaraan menjadi punca kemalangan tersebut.

Agensi berita Dogan dalam pada itu memaparkan pasukan perubatan memberi bantuan kepada mangsa-mangsa kemalangan. – AGENSI

Tiada ulasan: