22 Disember 2011

Pakistan tingkat keselamatan sempena Krismas

26 Muharram 1433H. [MOD] -

LAHORE 22 Dis. – Pakistan akan menempatkan sekumpulan penembak hendap dan beratus-ratus polis tambahan di gereja-gereja sekitar bandar ini semasa perayaan Krismas bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Terdapat 433 gereja di sekitar Lahore dan kebanyakan penganut Kristian tinggal di bahagian timur bandar ini.

“Kami akan menempatkan 2,500 anggota polis termasuk penembak hendap bagi mengawal keselamatan ketika Krismas,” kata jurucakap polis, Nayab Haider. – AFP

Tiada ulasan: