22 Disember 2011

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

26 Muharram 1433H. [MOD] -

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

syukur..dapat kami sedikit masa utk berfikir..amin

Tanpa Nama berkata...

Cikgu sekolah je sibok nak SAIN jeeeee

Pak Mat berkata...

Itu la dulu mak pak hang suruh pi sekolah mengaji bagi pandai masuk u hang malas... Bila dah dapat keje pun malas jugak.. Tiba-tiba nak gaji sama macam orang lepasan u mana bleh.... jangan jadi bodoh sombong....hang ingat ni negara komunis Ka...

Tanpa Nama berkata...

doctor-doctor senior UD54 teraniya lagi.skim ini hanya mementingkan pihak paling atas saja!

Tanpa Nama berkata...

nak wat guane . pentadbir suruh.sian kakitangann sokongan. kije BYK. piti c kit. kalau nak gaji gaji byak pun pikir -pikir org susa same