13 Disember 2011

Bas sekolah terbalik, 12 pelajar maut

17 Muharram 1433H. [MOD] -

BEIJING 13 Dis. – Seramai 12 pelajar terbunuh apabila bas sekolah yang dinaiki terbalik dalam satu kemalangan di timur China, hari ini.

Kejadian tersebut berlaku pada pukul 6 petang waktu tempatan di wilayah Jiangsu.

Bas sekolah berkenaan yang merupakan milik sebuah sekolah rendah di perkampungan Zhanghoutun dipercayai cuba mengelak kenderaan lain sebelum hilang kawalan lalu terbalik.

Pihak berkuasa bagaimanapun masih menyiasat punca kejadian. – AFP

Tiada ulasan: