13 Disember 2011

Tujuh maut kilang besi meletup di Iran

17 Muharram 1433H. [MOD] -

TEHERAN 13 Dis. – Sekurang-kurangnya tujuh pekerja maut dan berpuluh-puluh yang lain cedera apabila sebuah kilang besi di wilayah Yadz meletup petang semalam.

“Pekerja asing antara yang maut dalam kejadian tersebut,” kata Gabenor Yadz, Azizollah Seifi.

Pihak berkuasa bagaimanapun masih belum dapat mengenal pasti punca kejadian yang memusnahkan Kilang Besi Ghadir-e itu. – AFP

Tiada ulasan: